Tuesday, May 29, 2012

Jiwa sendu si ibu

Mulai 26/05/12, my prince mengikuti kem di JABAT SUFI, alhamdulillah terbuka hatinya untuk menuruti pemintaan ibunya ni jua. 
'Ya Allah, hambamu ini menggangkat tangan menadah syukur dan berdoa agar KAU turunkan cahaya buat anakku ini untuk menyempurnakan ibadahMU dgn hati yg tenang lagi ikhlas.'

Namun setiap detik hati ibu berbalas msg melalui Whatsap, ibu teremosi seakan bersedu-sedan menahan sebak dan hati sentiasa berkata. 'Ya Allah, Kau perkenankanlah usaha dan niatku ini demi masa depan dan kesejahteraan anakku ini di masa depan.'

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, May 9, 2012

Kos Pengubahsuaian

Bagaimana nak membuat Budjet Kos Pengubahsuaian Rumah? 


Bagi seorang yang suka membuat coretan dan perancangan awal seperti saya ini, 'Checklist Moving New House' tercipta. Saat inilah saya rasa diri benar-benar teruji, disebabkan saya berasa bertanggungjawab menyediakan ruang yang bersesuaian dengan keperluan anak2 dan rumah yang umpama Mahligai Indah bagi saya, Sunshine dan anak2. 

Day 1.
Mengukur setiap keluasan ruang dalam rumah dan luar rumah. Dan sketch pelan rumah tercipta. Paling mudah gunakan sistem 'kaki persegi'  

Month 1
Sketch keperluan asas ruang yang diperluan. Survey, brainstom, sketch, survey. Jika berkemampuan dapatkan bantuan Akitek atau Pelukis Pelan Sambilan. 

Penjimatan Saya - Bagi saya, ini adalah rumah saya. Saya lebih memahami design yang lebih praktikal dengan keperluan dan budget keluarga saya.  Jadi saya lebih gemar survey & sketch sendiri. Teman-teman Akitek boleh memberi idea mengenai design terkini yang dianggap bersesuaian dengan personaliti saya dengan suasana santai.

Month 2
i)  Melalui Sketch pelan lantai tersebut, barulah saya boleh memanggil kontraktor pengubahsuaian untuk menyediakan sebut harga. 

Penjimatan Saya - Perlu mendapatkan perincian Kos Sebutharga   daripada Kontraktor. Melalui maklumat yang saya kumpul untuk mendapatkan anggaran kos pengubahsuaian untuk pertambahan ruang;-
i) Berbumbung dan Berdinding - Panjang kp x Lebar kp x (RM kos sekaki persegi) = Kos  Pengubahsuaian 
ii) (Berbumbung sahaja - seperti varanda/patio) Panjang kp x Lebar kp x (RM kos sekaki persegi) x 0.5 = Kos Pengubahsuaian

ii)  Membersihkan lalang sendiri bersama anak-anak. Suasana sebegini boleh mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan serta persediaan minda untuk mengubah cara hidup kepada kesederhanaan.  Sunshine terus membeli mesin rumput melalui Mudah.com dengan harga RM250/-. Cangkul, Parang, Pengais Rumput menjadi alat utama kami dalam proses pembersihan ini.

Penjimatan Saya - Budget upah bersih telah diselamatkan, kerana bersih sendiri kawasan rumah. Disamping menukarkan aktiviti daripada pembersihan rumah kepada riadah santai sambil membersihkan kawasan rumah.

Masa inilah, baru nak fikir pasal konsep yang ingin diwujudkan. timbullah konsep Melayu, Modern, Contemporary, Inggeris, Bali, Resort dsb. Hingga hari ni,kami belum memutuskan kekemasan yang bagaimana yang menjadi pilihan kami... jadi tungggggguuuuuu dalam catatan akan datang. 

Nota kaki : Ohhh fening, namun hati macam dah berkenan pada konsep kayu sebab nampak sejuk dan tropika sebab timbulkan suasana hijau dan kampung. AlwaySmile@FunShine. 

Menjual Rumah Dan Mencari Rumah Baru

Saya suka tajuk ini,'Menjual Rumah dan Mencari Rumah Baru'.macam nak buang baju lama dan beli baju fesyen baru. Apa pun bunyinya tidak semudah sebutannya. Tahkala Sunshine menyatakan hasrat menjual rumah yang kami diami sekarang ni, saya tersenyum terkejut sebentar. Dalam hati mulai berkata, 'Sayangnya nak jual,'

Namun bilamana telah dijelaskan sebab utama adalah untuk perkembangan tumbesaran anak2 serta sedikit modal untuk perniagaan juga setelah dipertimbang semasak2nya saya bersetuju. Sepantas kilat, iklan rumah untuk dijual telah diwawarkan oleh Sunshine dalam Mudah.com dan beberapa website lagi. 
Lepas seminggu, kami telah mendapat panggilan talipon daripada agent untuk melihat rumah ini. 'Wah cepatnya,' balas saya bila Sunshine memberitahu perkembangan terbaru penjualan rumah tersebut. 

Rupanya pisang goreng panas jugak tempat ni. Alhamdulillah, proses jual beli berjalan lancar pada November 2011. Melalui pengalaman lalu membuatkan  kami menggangarkan proses jual beli ini memakan masa 6-8 bulan. 

Dalam masa yang sama, kami meletakkan ciri-ciri rumah pilihan yang difikirkan bersesuaian dengan tumbesaran anak2 dan 'access road' yang mudah untuk ke tempat kerja, 

Sunshine menetapkan ciri-ciri yang bersesuaian untuk didiami. 

i) Jalan Keluar/Masuk yang mudah
ii) Tanah yang luas
iii) Rumah Setingkat. 

Saya pula, menitik beratkan kemudahan asas seperti:

i) Dekat dengan sekolah
ii) Dekat dengan Masjid/Surau
iii) Dekat dengan Kedai/Klinik
iv) Keselamatan terkawal 
v) Tidak Sesak & Pembangunan Seimbang 
vi) Bukan Kawasan Elite
vii) Dekat dgn Sungai/Kampung/Bukit/Kebun... (toward green living)
viii) Bertepatan dengan Budget yang kami tetapkan walaupun sesudah Ubahsuai. 
 
Wahhhh memang sukar untuk mendapatkan ciri begini. Betul tak? Saya dan Sunshine aktif mencari melalui internet dan agent di lokasi yang kami cari... Berdekatan Putrajaya, Nilai, Kajang, Bangi, Seremban, Rawang, Sepang, Bdr Tasik Puteri, Bukit Beruntung, Bukit Sentosa.. 

hehehehhehehe... saya suka waktu ini.. 'window shooping cari rumah' siapa tak suka betul tak? :). Aktiviti kami mulai bulan Nov hinggalah  Januari 2012  adalah jalan2 tengok rumah. Dan akhirnya kami berjumpa yang hampir dengan ciri-ciri yang kami tetapkan di Bukit Beruntung, Rawang. Alhamdulillah ...  


Nota kaki :  Untuk memudahkan pemilihan pencarian rumah baru, pasangan perlu sepakat menetapkan keperluan asas yang perlu dititik beratkan. Beli rumah bukan mudah seperti beli baju, perlu diteliti untuk jangkamasa panjang ... 5-10 tahun akan datang. Barulah pembelian itu akan bertepatan. - AlwaySmile@FunShine. 

Thursday, April 26, 2012

PINDAH RUMAH


Perkataan atau sebutan 'PINDAH RUMAH' tu memang senang. Namun kita perlukan perancangan yang teliti agar ianya memenuhi keperluan dan kemampuan Poket kita sekarang. :)

Sunshine :   Zai, you buat apa tu?
Saya       :  Sekejaplah bang, saya tengah fikirkan apa yang boleh saya buat dengan budget yang abang 
                  berikan tu........ praktikal, tahan lama, cantik & murah.  
                        (Dalam hati ... heheheh ini mesti kontraktor geleng kepala ni, saya bab duit dan urus so call projek ni memang cerewet) 
Sunshine :   Udah-udah tu sambung esok dah lewat malam ni.

Melalui pengalaman sendiri, mengubahsuai rumah membuatkan saya fahamlah serba-sedikit nak menyediakan anggaran kos yang diperlukankan. Checklist 'PINDAH RUMAH' pun terhasil.

1. Ukur keluasan bangunan asal dengan detail ( Kalau ada plan lantai rumah lagi bagus)
2. Keperluan ruang yang diperlukan untuk keselesaan. (Sketch idea anda)
3. Tentukan Konsep yang ingin digunapakai. 
4. Dapatkan anggaran kos pengubahsuaian. Untuk memastikan kemampuan kewangan sekarang. 
5. Dapatkan khidmat nasihat kontraktor pengubahsuaian dari segi kos. (Paling bijak dapatkan 3-4 sebutharga sebagai perbandingan)
6. Material untuk kekemasan  seperti tiles, syiling, dsb. 
7. Jangkasama pengubahsuaian. 
8. Packing barang. 
9. Lorry & Orang untuk angkat barang
10. Air, Api & Telephone - pasang 
11. Alarm System
12. Green Garden (Rumput, Pokok Dapur (Sayur & herba), Pokok Buah, Pokok Hiasan)
13. Doa Selamat

Saya membuat perancangan yang detail, sedangkan Sunshine relax aje... selalu dia mengeluh panjang. 'You ni I tengok buat sesuatu tu terlampau taksub'. Saya balas dengan tersenyum sambil dalam hati berkata 'Inilah syurga saya, saya yang akan menghabiskan banyak masa di sini dengan anak2. Banyak benda yang perlu saya titik beratkan, keselamatan, keselesaan, keseronokan dan kemudahan.'

Kini, rata-rata Kontraktor pengubahsuaian telah menyatakan yang tempoh masa 2-3 bulan diperlukan untuk menyiapkan kerja-kerja pengubahsuaian tersebut. Memastikan pemilihan kontraktor yang bertetapan dengan mutu kerja dan kos pengubahsuaian.

Nota kaki : Kalau dah namanya perempuan, isteri dan ibu. celotehnya dan cerewetnya kalahkan mak nenek. Kini saya sedar, saya pun macam tu jugak... hahahahah. Inilah tanda keprihatinan ibu yang keterlaluan mahukan yang terbaik untuk keluarganya... :)

Persediaan Ke Arah Kesederhanaan

Alhamdulillah syukur, akhirnya berjumpa juga kami dengan rumah yang sederhana bagi memenuhi keperluan asas kami sekeluarga. Sunshine punya kerateria punyalah susah nak fullfill ;

i) Access Road kena senang . Dekat dgn tol
ii) Rumah 1 tingkat.
iii) Tanah kena luas
iv) Tak maju sangat, cuma keperluan asas cukup, sekolah dekat, surau/masjid dekat, kedai dekat, klinik dekat.

Kenapa saya perlu keluar dari Kota Damansara, sini semua ada dan semakin pesat?
Persoalan itu yang membuatkan saya dan Sunshine sebulat suara membuat keputusan untuk berpindah dari sini. Demi anak-anak dan demi saya sendiri.
i)  Agar dorongan nafsu untuk berhibur dan hanyut dalam kebendaan akan berkurangan.
ii) Agar saya punyai masa untuk mendalami agama dan seterusnya dapat membimbing anak2 ke arah
    kehidupan muslimin.
iii) Agar kurang sumber untuk menarik perhatian anak2 dari melakukan kebaikan, penumpuan pelajaran dan
    amal ibadat.
iv) Agar dapat menghidupkan suasana kampung yang tenang, bunyi cengkerih, bunyi burung, bungi ayam....
v)  BerTANI.... yeeeehhaaaaaaaa insyallah

Minggu lepas sudah diusahakan untuk pembersihan layang yang setinggi paras pinggang ni... Now thinking on membaikpulih dan pertambahan sedikit mana yang perlu untuk segera didiami..... (mood : tak sabar nak pindah)

Nota kaki : Thank you Sunshine, Thank you anak-anak .... Luv you all so much




Thursday, April 5, 2012

Sekiranya Masaku Pendek

Subhanallah... bilamana terfikir akan saya adalah 'bakal jenazah' masyaallah gerunnya... nak pulak bila mengenangkan kembali cerita seorang teman yang dia sangat sedih kala diberitahu hal kesihatannya seperti ini 'puan, harap bersabar masa yang kami jangkakan hanya 6-12 bulan dari sekarang.'.... entahlah dalam masa yang sama saya menonton movie tentang KIAMAT dsb.... sumber2 ini membuatkan saya termenung panjang dan waktu tidor juga agak terganggu. 

Saya nak berkongsi rasa dengan my Sunshine during breakfast... 

FunShine : abang if sayalah di tempat kawan saya itu Uhh payah nak fikiran... anak2 masih belum pandai nak berdikari sendiri - nak basuh pinggan sendiri pun masih payah, suami pulak terlalu sibuk mencari rezeki untuk melunaskan hutang'.... (air mata mulai berlenang)
Sunshine : (ketawa dengan muka selamba)  Put it like this we don't have payung. Macam my friend yang kena potong jari tu, ada insurance at least dapatkan RM100k untuk isteri/anak2. That make me worried so much.  Hal yang tak ada jangan fikirkan you ingat  'law of attraction'......

In other hand, apa yang Sunshine mention tu memang ada kebenarannya, namun apa yang saya terfikir ini pun ada juga kebenarannya.  So I make decision to thinks and rationalized towards my believe and what I thinks it's suppose to be. 
Jika saya di tempat kawan saya itu. Isteri bekerjaya yang mempunyai anak 5 orang. Apa yang saya lakukan?.

Perlukah saya memberitahu hal ini kepada Suami?
- ohhhhh tentu sekali tidak buat masa ini. Saya perlukan masa untuk menenangkan diri sendiri dan tidak mahu menyusahkan suami. Nak pulak kalau suami macam Sunshine yang begitu prihatin akan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan isterinya. 

Perlukah saya memberitahu hal ini kepada anak2 dan keluarga terdekat yang lain?
- ooohhhh tentu sekali tidak buat masa ini. kerana tidak mahu menyusahkan, menyedihkan dan merunsingkan fikiran mereka. Saya mahukan suasana yang ceria dan gembira disaat saya melawan penyakit. Situasi ini begitu memberi sokongan untuk saya terus berusaha untuk hidup. 

Apa yang pertama sekali saya buat?
Lihat kembali aktiviti harian yang lepas, adakah ianya menyumbang kepada bekalan akirat saya. Solat wajib saya cukup ke tidak ? 
Solat sulat saya ada ke tidak? 
Puasa saya? 
Zakat saya?
Sedekah saya? 
tanggungjawab saya kepada diri sendiri?
tanggungjawab saya sebagai isteri ? 
tanggungjawab saya sebagai ibu? 
tanggungjawab saya sebagai anak? 
tanggungjawab saya sebagai kakak/adik? 
tanggungjawab saya kepada masyarakat?  
 

Tindakan pertama saya
  • Penuhkan solat, selitkan 5 minit bacaan al-quran setiap hari
  • Keep close to family member although they are so many excuse to meet. Smile and Smile. 
  • Stop crying start smiling. laugh loud
  • Doa & Zikir sepanjang masa... insyallah inner akan lebih tenang.... 


Apa pun ketentuan Allah kerana suatu perkara, Dia hanya menurunkan dugaan yang termampu hambanya hadapi dan Dia percaya hambanya boleh lalui dugaan tersebut dengan kejayaan yang Dia sudah tentukan.  So saya sangat teruja dengan gambar yang dipetik dalam I Luv Islam.Com.  'Andai Kau Ingin Berubah, Mengapa Membiarkan Diri Terus-terusan Dibelenggu DOSA?' jadi saya tidak mahu dibelenggu dengan apa sekeliling saya akan kata dan ketawa sebab saya nak keluar dari Dosa semalam untuk saya permudahkan ibadah ikhlas saya keranaNYA.


Nota kaki ; To my lovely sister, wish that my writing here will give you inspiration and support that they're lot of people love you as you are... not because you're beautiful or even your status.... alwaysmile@funshine

Tuesday, March 13, 2012

Hadiah Ulangtahun ke -37

Alhamdulillah, syukur saya kepada Allah kerana memberikan saya peluang kehidupan yang panjang bagi memenuhi impian dan citi-cita saya beribadat sebaik mungkin kepadaNya. Kali ini saya bercita-cita untuk menurunkan berat badan agar akan sentiasa cergas, aktif, sihat dan lebih bertenaga dalam melakukan ibadat saya padaNya. 
 Bila mana umur dah penghujung 30an ni, pelbagai penyakit akan menyusul jika tidak kembali ke pangkal jalan untuk lebih teliti dan prihatin dalam pemilihan aktiviti dan pemakanan dalam kehidupan seharian. 


Objektif saya adalah mencapai  berat badan yang ideal sekitar 53 kg hingga 63 kg. 


Bilamana sudah sampai ke tahap itu, saya mampu ke tahap seterusnya membersihkan kadar kolestrol dan toksik dalam badan pula... :)


Namun dugaan yang paling mencabar adalah 'Undangan Makan' dari teman2 dan keluarga terutama anak-anak.... uhhhhhh saya boleh tewas. 


Nota kaki : Insyallah kita perlu cuba dengan seikhlas hati dan bersungguh2. Nescaya semuanya akan tercapai.... amin AlwaySmile@ FunShine.